Umum

Sam Ke Ting dibebaskan dengan jaminan

Kerani wanita, Sam Ke Ting yang dipenjara enam tahun dan didenda RM6,000 selepas didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi memandu secara melulu sehingga menyebabkan lapan remaja menaiki basikal lajak lima tahun lalu, hari ini dibebaskan dengan jaminan.

Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan dipengerusikan Hakim Datuk P Ravinthran bersama-sama Datuk Lee Heng Cheong dan Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali juga sebulat suara membenarkan permohonan Sam untuk mengemukakan rayuan di Mahkamah Rayuan.

Dalam prosiding hari ini, Sam dibebaskan dengan jaminan sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin.

PALING POPULAR

To Top