Umum

Cuti Hari Pekerja secara automatik dibawa kepada Rabu – PM

Susulan pengumuman rasmi Hari Raya Aidifitri 2022 jatuh pada Isnin, 2 Mei, kerajaan bersetuju mengubah hari kelepasan am yang diumumkan sebelum ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam satu kenyataan malam ini memaklumkan, cuti Hari Pekerja akan secara automatik dibawa kepada Rabu ini.

“Selaras dengan pengumuman rasmi Hari Raya Aidifitri bagi tahun 2022 oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja bahawa 1 Syawal 1443H, Hari Raya Aidilfitri tahun 2022 jatuh pada Isnin, 2 Mei 2022, maka Cuti Hari Pekerja secara automatik akan dibawa kepada Hari Rabu, 4 Mei 2022,” kata Perdana Menteri.

Menurut beliau,ini selaras dengan peruntukan Seksyen 3, Akta Hari Kelepasan 1951 [Akta 369], Holidays Ordinance (Sabah Cap. 56) dan Public Holidays Ordinance (Sarawak Cap. 8).

“Gantian Cuti Hari Pekerja secara automatik ini tidak terpakai untuk Negeri Kedah, Terengganu, Kelantan dan Johor kerana Hari Pekerja jatuh pada hari Ahad yang mana ia adalah hari bekerja di negeri-negeri tersebut,” katanya.

Walau bagaimanapun, jelas beliau, ia juga tertakluk kepada keputusan Pihak Berkuasa Negeri masing-masing untuk membuat sebarang pengumuman berkenaan cuti.

PALING POPULAR

Copyright © 2021

To Top