Umum

Jatuh longkang ketika panjat pokok mempelam

Seorang lelaki cedera di kepala selepas terjatuh ke longkang sedalam empat meter sewaktu cuba memanjat pokok mempelam berhampiran longkang tersebut.

Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, mangsa berusia lingkungan 40-an itu terjatuh selepas salah satu dahan yang dipijak patah.

Menurutnya, panggilan berhubung kejadian diterima pada jam 2.32 petang pada Ahad melibatkan kejadian yang berlaku di Taman Pandan Indah, di sini.

“Mangsa berjaya dibawa keluar dari longkang tersebut dan mengalami kecederaan patah kaki kiri dan luka di bahagian kepala.

“Mangsa telah dihantar ke Hospital Ampang menaiki ambulans Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), ” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.

PALING POPULAR

Copyright © 2021

To Top