Umum

Hubungan Armada, Pemuda PAS kekal akrab, kata Wan Fayhsal

Hubungan dan kerjasama antara sayap Pemuda Bersatu, Armada, dengan Dewan Pemuda PAS Pusat tetap akrab walaupun terdapat isu yang boleh dikaitkan antara kepemimpinan tertinggi kedua-dua parti.

Ketua Armada Malaysia Senator Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata sayap kedua-dua parti itu masih boleh bekerjasama dalam apa jua keadaan ketika ini.

“Saya Timbalan Ketua Pemuda Perikatan Nasional (PN). Ketua Pemuda PN adalah Ustaz Ahmad Fadhli Shaari yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas merangkap Ketua Pemuda PAS Malaysia.

“Saya tiada masalah bekerjasama dengan beliau, kita tidak ada sebarang ketegangan…kita ikut arahan daripada parti induk.

“Jadi, kami buat kerja kami seperti biasa, kecuali ada arahan yang lain.

“Setakat ini tidak ada sebarang arahan yang tidak ada kerjasama atau sebaliknya, kita dalam satu saf untuk berdepan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15),” katanya menurut beritabersatu.

Sementara itu, Wan Ahmad Fayhsal berkata, sebagai sayap Bersatu, Armada bersedia menerima apa sahaja arahan yang dikeluarkan oleh parti untuk persiapan pada PRU-15.

Meskipun terpaksa bertembung dengan Barisan Nasional pada pilihan raya itu, mereka tetap bertanding walaupun bukan kemahuan Bersatu atau PN untuk berseteru dan perkara itu telahpun cuba untuk dielakkan.

“Jadi, kita kenalah bersiap sedia dengan sebarang kemungkinan…dengan BN ke, dengan GTA (Gerakan Tanah Air) ke dengan PH ke kita ready saja, itu lumrah dalam politik,” tambahnya.

Sumber: Agenda Daily

PALING POPULAR

Copyright © 2021

To Top