Umum

Keburukan banjir kepada rakyat, dan masalah yang bakal rakyat hadapi!

Beberapa negeri di Malaysia sudah mula mengalami banjir antaranya Johor, Melaka, Perak, Kedah, Pulau Pinang, Perlis dan Sabah.

MetMalaysia juga menjangkakan hampir 10juta rakyat bakal terkesan akibat monsun hujung tahun ini.

Terkesan dengan permasalahan yang berada di Malaysia ketika ini, seorang Doktor Sukarelawan, Alan Raman berkongsikan kisah beliau dilaman Facebook ketika berkunjung ke Pakistan.

Banjir di Pakistan merupakan banjir paling teruk dalam sejarah Pakistan. Dimana, hampir 33juta rakyatnya terjejas, 7.6juta hilang tempat tinggal dan 1,700 kehilangan nyawa juga menyaksikan beberapa wilayah telah diisytihar darurat.

Dr Alan dan rakan seperjuangannya merupakan pasukan perubatan pertama Malaysia yang tiba di Pakistan.

Menurut beliau, hampir kesemua perkampungan di sana ditenggelami air sehingga menyukarkan misi bantuan perbuatan, makanan dan minuman. Ia terjadi akibat, kerosakkan jalan sehingga ada dearah yang terputus hubungan.

“Apa yang kita risaukan adalah kesihatan penduduk di sana, apabila banyak penyakit yang senang tersebar dari pembawaan air seperti Malaria, Denggi, Taun, dan penyakit kulit”,

“Misi bantuan kami juga hampir lumpuh kerana bencana ini di luar jangkaan kami, ia adalah satu pengalaman yang tragis dan memberikan kesan mendalam kepada diri saya secara peribadi”, ujar beliau.

Selain itu, beliau amat gusar apa yang akan berlaku kepada Malaysia apabila MetMalaysia meramalkan akan berlaku banjir besar akibat perubahan monsun hujung tahun.

Monsun pada kali ini dianggarkan bermula sekitar pertengahan November dan berakhir pada March 2023.

Tambahan beliau, tidak sepatutnya parlimen dibubarkan pada musim bencana ini kerana apabila mandat dipulangkan kepada rakyat pasti akan ada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) dalam masa terdekat ini.

Sekaligus ia akan mendatangkan bahaya kepada rakyat, kerana terpaksa mengundi pada musim banjri.

Beliau juga mengingatkan akan tragedi banjir yang dilalui rakyat pada Disember 2021,

“Masih ingat apabila hampir kesemua pusat segala kemajuan di negara ini di tenggelami air yang mengakibatkan puluhan ribu mangsa terjejas dan lebih daripada 30 kematian juga beberapa negeri lain juga terjejas”,

“Ketika itu, apa yang dapat kita lihat seluruh agensi kerajaan dengan dibantu oleh syarikat swasta, NGO serta rakyat berganding bahu menghadapi bencana alam ini dan proses pemulihannya memakan masa berbulan-bulan lamanya”,

“Mungkin sehingga kini ada mangsa yang masih trauma, kerana kehilangan keluarga dan alami kerugian harta benda”, katanya.

Belia juga menyoalkan dimana rasionalnya melakukan PRU ketika musim bencana ini.

Dalam hantar di Facebooknya itu, beliau berkata beliau tidak berminat untuk mengulas perspektif politik. Namun, sebagai seorang yang arif dalam bidang perubatan beliau berharap padangannya dari sudut nilai kemanusian ini mampu membuka mata mereka yang membaca.

Jadi, adakah anda bersedia menjalankan tanggungjawab sebagai pengundi ketika banjir? Tepuk dada, tanyalah selera.

PALING POPULAR

Copyright © 2021

To Top