Umum

MetMalaysia ramal hujan di timur, utara Sabah

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan di timur dan utara Sabah pada esok dan Rabu (3 dan 4 Jan), berikutan penumpuan angin yang dijangka berlaku berdasarkan analisis model-model cuaca.

Jabatan itu dalam kenyataan hari ini memaklumkan ribut petir berserta hujan lebat dan angin kencang turut dijangka dalam tempoh sama di pedalaman dan barat Semenanjung, serta tengah dan barat Sarawak pada sebelah petang hingga ke malam.

“Amaran Angin Kencang dan Laut Bergelora di Laut China Selatan berkuat kuasa sehingga 5 Januari 2023. Orang awam adalah dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan semua media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih,” menurut kenyataan itu.

— BERNAMA

PALING POPULAR

Copyright © 2021

To Top