Umum

Anwar Ibrahim lantik anak sendiri sebagai ‘penasihat kanan’ kewangan

Bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh yang juga anak Perdana Menteri, Nurul Izzah Anwar mengesahkan beliau kini menjawat sebagai Penasihat Kanan bapanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak 3 Januari lalu.

Perkara itu, didedahkan oleh Nurul Izzah dalam temu bualnya bersama The Star.

Beliau berkata pengalamannya sepanjang menjadi ahli Parlimen akan digunakan sebaik mungkin untuk bekerjasama dengan “pakar dalam mengemudi tadbir urus ekonomi, akauntabiliti dan dasar negara”.

Selain itu, Nurul Izzah beliau ketika ini sibuk bertemu dengan kumpulan peniaga dan pihak berkepentingan dalam merangka belanjawan yang akan dibentangkan bapanya yang juga menteri kewangan dalam masa terdekat.

“Arahan daripada PM adalah jelas: bercakap dengan rakyat dan mendengar idea, kebimbangan dan jangkaan mereka.

“Mereka adalah pihak berkepentingan utama,” tambahnya.

Pada PRU-15 lalu, Izzah tewas kepada Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang, Muhammad Fawwaz Mohamad Jan dengan majoriti 5,272 undi.

Sumber: Malaysia Now

PALING POPULAR

Copyright © 2021

To Top