Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran hujan berterusan (buruk) bagi beberapa kawasan di Sarawak membabitkan Kuching, Serian, Samarahan, Sibu, Mukah dan Kapit (Song dan Kapit) sehingga esok (1 Feb).
MetMalaysia menerusi amaran yang dikeluarkan pada 6.45 pagi ini turut mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada diramal berlaku sehingga esok di Pahang (Kuantan, Pekan dan Rompin), Johor (Mersing dan Kota Tinggi) serta Sarawak (Sri Aman, Betong, Sarikei dan Bintulu).
Sementara itu, hujan berterusan tahap waspada turut diramal berlaku di Kudat, Sabah, hari ini.
— BERNAMA