Umum

Tuduhan Bersatu menyeleweng RM4.5 Billion adalah fitnah – Raja Petra

Tindakan Pengerusi Pro-Keadilan Sarawak, Iswardy Morni yang mengatakan Perikatan Nasional (PN) membelanjakan sebanyak RM4.5 Bilion untuk Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) adalah fitnah semata.

Kenyataan itu jelas palsu, kata Raja Petra Kamarudin.

RPK yang memuat naik video berdurasi 5 minit di Malaysia Today, menegaskan bahawa fitnah ini dibuat bagi menjatuhkan PN.

“Saya baru sahaja ‘publish’ audit kewangan Bersatu untuk tahun 2020 dan 2021, bertarikh 6 Octobet 2022 yang telah diluluskan oleh Mesyuarat Agong,

“Ia telah diaudit oleh Auditor dan telah dihantar kepada Jabatan Pertubuhan Malaysia (ROS) 3 bulan lalu”.

Berikutan dari fitnah itu, SPRM telah merampas dokumen-dokumen yang berkait di pejabat Bersatu dan akaun bank parti telah dibekukan.

Tambahan beliau, di dalam keputusan audit itu memperlihatkan bahawa akaun bank Bersatu hanya menerima RM100.8 juta pada keselurusan tahun 2020 dan telah membelanjakan sebanyak RM100.5 juta.

Ia ‘deficit’ apabila perbelanjaan 2020 hanya berbeza 3 juta.

“Jadi di mana yang mengatakan Bersatu menerima RM4.5 bilion apabila keuntungan pendapatan hanya RM100 juta sahaja, tanya beliau”.

Beliau juga mengatakan duit ini mungkin dianggap kecil tapi duit ini datang ahli yang membayar yuran, memberi derma dan sebagainya.

“Duit ini juga telah diperiksa, di audit dan ternyata tiada keraguan, tegasnya…

“Anda boleh periksa sendiri keputusan audit yang saya telah muat naik di Malaysia Today, sebanyak 33 muka surat berserta pengakuan Auditor dan tanda tangan pegawai, jelasnya”.

Jadi tuduhan terhadap Bersatu membelanjakan wang sebanyak RM4.5 bilion adalah tidak benar, dan sekiranya penyata itu tidak betul, Auditor harus bertanggungjawab.

PALING POPULAR

To Top