Kaji selidik turut menunjukkan, daripada keseluruhan lebih 35,000 responden, 39 peratus melihat situasi ekonomi negara bertambah buruk, 38 peratus mengatakan bertambah baik dan 23 peratus responden lagi mengatakan tiada perubahan. Kaum Melayu di Semenanjung paling ramai mengatakan ekonomi Malaysia bertambah buruk, iaitu sebanyak 53 peratus, manakala, 22 peratus mengatakan bertambah baik dan 25 peratus melihat ekonomi Malaysia tidak berubah.
Sumber: Astro Awani