Umum

Amaran hujan lebat berterusan di Sarawak

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan tahap buruk di Sarawak hingga hari ini (Isnin).

MetMalaysia, dalam kenyataan malam ini, memaklumkan keadaan itu diramal berlaku di Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah dan Bintulu (Tatau dan Bintulu).

Selain itu, hujan berterusan tahap waspada diramalkan berlaku hingga esok di Sabah meliputi kawasan Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat.

Keadaan cuaca sama turut diramal berlaku pada Selasa dan Rabu ini di Perak melibatkan kawasan Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang, dan Muallim serta negeri Terengganu, Pahang, Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

Sementara itu, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) menerusi ciapan di laman rasmi Twitternya, malam ini, memaklumkan agensi berkenaan akan sentiasa melaksanakan pemantauan situasi parameter maklumat teknikal melalui Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC) dengan kerjasama pelbagai agensi teknikal.

— BERNAMA

PALING POPULAR

Copyright © 2021

To Top