Umum

Muhyiddin bakal didakwa esok

Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin akan didakwa di Mahkamah Kuala Lumpur pada Jumaat.

Sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.

“Besar kemungkinan esok beliau (Muhyiddin) akan didakwa atas beberapa pertuduhan antaranya membabitkan kes dana ke atas parti Bersatu (Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu),” katanya ringkas pada Khamis.

Difahamkan, satu kenyataan rasmi juga akan dikeluarkan SPRM berhubung kes ini.

Sebelum itu, Muhyiddin yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) hadir ke Ibu Pejabat SPRM Putrajaya kira-kira jam 11.10 pagi untuk membantu siasatan kes dana membabitkan parti terbabit.

Beliau disambut oleh beberapa pemimpin antaranya Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainudin dan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

PALING POPULAR

To Top