Bangunan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) cawangan Jalan Gasing di Kuala Lumpur terbakar sekali lagi selepas kejadian pertama berlaku di bangunan sama lima tahun lalu.
Bangunan lama itu dipercayai terbakar kira-kira jam 10.50 pagi tadi.
Sebelum ini, kebakaran dilaporkan berlaku pada Februari 2018 yang turut memusnahkan kira-kira 40% daripada panel mudah terbakar di bahagian luarnya.
Menurut video yang dimuat naik oleh orang awam di media sosial menunjukkan api sedang marak di bahagian depan bangunan.
Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat ketika itu, panel mudah terbakar di bahagian luar bangunan tidak memenuhi piawaian keselamatan.
Tambah jabatan itu kebakaran bermula di luar bangunan berkenaan di mana kerja-kerja penyelenggaraan sedang dijalankan.
Kejadian itu adalah yang pertama di negara ini yang melibatkan panel mudah terbakar.