Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Seri Salahuddin Ayub menafikan sekerasnya bahawa pihak KPDN tidak ada menerima sebarang komplen terhadap harga barang kawalan selepas perayaan.
“Barang bersubsidi tidak pernah naik dan tidak mungkin naik pada masa ini”, ujarnya.
Selain itu, beliau mengatakan harga kawalan barangan asas tidak akan mengalamai kenaikan melampau seperti diwar-warkan sebelum ini.
Namun, rata-rata komen netizen di laman sesawang Malaysia Gazzete mengecam kenyataan Salahuddin itu dengan mengatakan menteri itu berada di dalam mimpi dan khayalan.
“Mantap.. Teruskan Sembang, Menteri sembang, Rakyat Senang”, Faizul Hafiz
“Mgkin menteri ini berurusan di planet yang lain, mohon jnt pos kan menteri ini ke matahari”, Najib Bengkel
“Pasaraya mana tu yb pergi 🤭”, Hafiz Adam
“Beras naik,rempah naik ,sayur2 naik byk lagi naik oiii”, Saly Smsp
Harga barangan terutama makanan meningkat naik secara keseluruhannya sejak enam bulan lalu walaupun ada barangan yang dikawal harga.
Menurut data daripada Indeks Harga Pengguna, inflasi pada suku pertama 2023 meningkat 3.6% kepada mata 129.7 berbanding 125.2 suku tahun sama sebelumnya.
Laporan Jabatan Statistik menunjukkan 201 item atau 87.4% daripada 230 item makanan merekodkan kenaikan harga pada Mac 2023 berbanding 2022.
Antara item yang meningkat naik ialah daging, susu dan telur serta roti dan bijirin.