Umum

Rafizi tak tahu pasal PN, parti sendiri pun dia tak tahu – Sanusi

Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor menggesa Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli untuk memikirkan urusannya sendiri dan bukannya hal ehwal Perikatan Nasional (PN).

Ini berlaku selepas Rafizi mendakwa parti komponen PN berebut kerusi di Kedah.

“Selesai semua dah (rundingan kerusi). Rafizi mana tahu tentang parti orang lain. Tentang parti dia pun dia tak tahu.

“Takkan urusan parti kita nak kena lapor kepada dia pulak kan? Suruh dia jaga Pakatan Harapan (PH) dengan BN sudahlah. (PH-BN) sedang berantakan di Kedah berebut kerusi,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Semasa acara PH Sabtu lalu di Kulim, Kedah, Rafizi mendakwa BN dan PH dapat melancarkan jentera mereka lebih awal daripada PN kerana telah menyelesaikan pembahagian kerusi.

Dia mendakwa parti komponen PN – Bersatu, Gerakan dan PAS – berebut sesama sendiri untuk kerusi di kedah.

“Kita tahu mereka masih lagi bertelagah dan bergaduh mengenai siapa nak bertanding dekat mana. Sekarang Kulim kita tak tahu siapa nak bertanding. PAS ke Gerakan ke ataupun Bersatu? Dah tahu ke belum? Belum.

“Tadi saya kat Sidam pun saya dimaklumkan di Sidam masih lagi bertelagah antara Gerakan dengan Bersatu. Di Gurun pun macam itu,” kata Rafizi.

Pengerusi PN Muhyiddin Yassin mengumumkan pada 22 Jun bahawa pembahagian kerusi telah diselesaikan.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim pula berkata BN dan PH telah menyelesaikan pembahagian kerusi pada 4 Julai.

Sumber: MalaysiaKini

PALING POPULAR

To Top