Umum

Aaron-Wooi Yik menjuarai Denmark Open

Gambar FB BAM

Pemain beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik berjaya mengukir sejarah baru buat gandingan itu apabila meraih gelaran Jelajah Dunia BWF pertama di Terbuka Denmark, hari Ahad.

Pada aksi final di Arena Jyske Bank, beregu dari Malaysia itu berjaya mengatasi lawan dari Indonesia, Muhammad Shohibul Fikri-Bagas Maulana dengan keputusan straight set 21-13, 21-17 dalam tempoh 33 minit .

Perlawanan tersebut merupakan pertemuan kali keempat buat kedua-dua beregu yang menyaksikan Aaron-Wooi Yik meraih tiga kemenangan, dengan yang terbaru di pusingan kedua Terbuka Jepun pada bulan Julai lalu.

Atas kejayaan di Terbuka Denmark yang berstatus Super 750 itu, Aaron-Wooi Yik membawa pulang hadiah wang tunai US$62,900 dan 11,000 mata BWF.

Aaron-Wooi Yik selepas ini dijadual menyertai Terbuka Perancis yang dijadual berlangsung dari 24 hingga 29 Oktober.

PALING POPULAR

To Top