Umum

Abby Abadi rugi RM18,500 ditipu scammer

Gambar Abby Abadi

Pelakon terkenal Abby Abadi kerugian wang berjumlah RM18,500 selepas diperdayakan oleh scammer yang menjalankan skim pelaburan atas talian.

Perkara tersebut dikongsikan sendiri oleh Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan menerusi akaun Instagramnya.

Pelakon berusia 45 tahun itu mendedahkan, dia dijanjikan pulangan sebanyak RM145,000 dalam tempoh tiga jam sekiranya melabur wang pendahuluan berjumlah RM4,000.

“Dah berjaga-jaga pun kena juga… Mula-mula perasan nama dimasukkan dalam group Telegram ‘Trade Free Income. Saya pantau sahaja apa yang berlaku dalam group itu.

“Mula-mula was-was, tapi lama-lama jadi teruja sebab konon semua yang melabur dapat pulangan berganda-ganda dalam tiga jam sahaja. Pandai betul main peranan,” tulis Abby.

Walaupun tidak yakin pada awalnya, dia tetap terpengaruh untuk mencuba.

“Inilah bahana apabila tak pernah berasa cukup, tapi manusia kan, walaupun nampak macam mencurigakan, tetap terpanggil-panggil untuk melabur.

“Fikir punya fikir, terjebak akhirnya. RM4,000 mula-mula bukan sikit, dijanjikan pulangan sebanyak RM145,000 dalam masa tiga jam.

“Siapa yang tak nak kan? Sebab dalam grup siapa yang join semua dapat. Rasa macam pelik tapi kalah juga dengan permainan mereka,” ujarnya.

 

Tidak berakhir di situ, Abby berkata, dia dikehendaki membayar sebanyak RM14,500 lagi sebelum boleh mendapat wang pelaburan yang dijanjikan.

“Nak dijadikan cerita 15 minit kemudian, yang mula melayan saya pas saya pada kawannya konon untuk masukkan duit ke akaun saya… tetapi, sebelum itu saya disuruh bayar RM29,770 untuk urusan bank.

“Haa masa ni menyirap dah. Baran dah datang. Memang dah leburrr la duit saya dapat ke geng scammer,” katanya yang sudah membuat laporan polis berkaitan perkara itu.

Rata-rata pengikut Abby meminta ahli perniagaan itu tidak mudah mempercayai pelaburan sebegini, lebih-lebih lagi perbualan yang digunakan tidak memperlihatkan individu tersebut berasal dari Malaysia.

PALING POPULAR

To Top