Business

Adakah gigi implan pengganti gigi hilang yang terbaik? Kami tanya Dr.

Gambar gigi implan

Dr. Nur Ezureen di Klinik Pergigian Crystal Smile

Penyelidikan dan pembangunan baharu dalam bidang pergigian telah membawa kepada kemunculan pelbagai kaedah perubatan dan rawatan masalah kesihatan oral serta gigi termasuk gigi implan.

Dalam meniliti gigi implan sebagai pengganti terbaik gigi hilang, kami tanya Dr Nur Ezureen, yang merupakan pemilik Klinik Pergigian Crystal Smile Melaka dan juga graduan lepasan Ijazah dalam bidang Implantology dari International Medical University (IMU).

Menurut Dr Nur Ezureen, implan gigi juga dikenali sebagai gigi tanam, adalah kaedah di mana skru yang diperbuat daripada titanium digerudi (ditanam) ke dalam rahang yang sudah kehilangan gigi.

Gambaran gigi implan yang “ditanam” dalam gusi

Dalam menerangkan kaedah rawatan, Dr Nur Ezureen berkata “Implan ini akan menggantikan akar gigi yang telah dicabut. Kemudian sarung gigi akan dipasang di atasnya seperti gigi yang asal.”

Komponen gigi implan yang dipasang pada gusi pesakit

“Ini menjadikan implan pengganti gigi yang terbaik di pasaran hari ini,” katanya sambil menunjukan illustrasi dan xray bentuk implan yang dipasang pada gusi pesakit.

Xray pesakit yang diambil di Klinik Crystal Smile setelah siap prosedur pemasangan implan gigi.

Q : Mengapa cara ini lebih baik daripada cara lain seperti gigi palsu atau jambatan gigi? 

A : Gigi palsu atau jambatan gigi hanya menggantikan korona gigi tanpa akarnya. Umpama rumah yang tiada tiangnya. Semestinya kekuatan dan ketahahan implan gigi jauh melebihi pilihan lain. Implan gigi mampu tahan seumur hidup jika dijaga dengan rapi. Gigi palsu atau jambatan gigi perlu diganti2.

Mengulas lanjut, Dr. Nur Ezureen menyatakan ramai pesakit dibawah seliaannya berpendapat bahawa implan gigi mahal, namun hakikatnya gigi palsu akan longgar dan perlu diganti setiap 2 tahun. Menjadikannya jauh lebih mahal daripada implan gigi yang tidak perlu ditukar seumur hidup.

 

Q : Apa nasihat doktor? 

A : Pelaburan terbaik untuk masa hadapan adalah pelaburan ke atas diri sendiri. Keselesaan dan kesihatan kitalah yang paling penting untuk menjalankan kehidupan yang bahagia. Dapat makan apa sahaja keinginan kita juga satu nikmat.

Dalam apa jua keadaan sekalipun, Dr Nur Ezureen mengesyorkan untuk dapatkan khidmat diagnosis dan cadangan rawatan lanjut yang terbaik untuk elak sebarang komplikasi yang dapat dielak.

Untuk membuat temujanji, sila hubungi Klinik Pergigian Crystal Smile yang berdekatan.

Klinik Pergigian Crystal Smile
(Cawangan Bukit Baru)
Pusat Niaga, Jalan PNBBU 1,
Bukit Baru Utama,
75150 Bukit Baru, Malacca
Isnin hingga Ahad : 9am – 6pm
Whatsapp : +60 16-311 0659

Klinik Pergigian Crystal Smile
(Cawangan Alor Gajah)
Km 16-2, Tingkat 1, Jalan Jelatang 1,
Pusat Perniagaan Jelatang,
78000 Alor Gajah, Malacca
Isnin hingga Ahad : 9am – 6pm
Whatsapp : +60 13-454 2968

Klinik Pergigian Crystal Smile
(Cawangan Tangga Batu)
Permai, 38 & 40, Jalan Lembing 1 & 3,
Taman Tangga Batu,
Tangga Batu, 76400, Melaka
Isnin hingga Sabtu: 9am – 6pm
(Ditutup pada hari Ahad)
Whatsapp : +60 11-2113 9048

Sila layari laman web untuk maklumat lanjut, https://www.kpcrystalsmile.com

Keluarga Klinik Pergigian Crystal Smile

PALING POPULAR

Copyright © 2021

To Top