Kesihatan

Gigi sensitif? Atasinya dengan amalan mudah ini.

Pernah ke anda terasa sakit pada gigi ketika menggigit ais krim, minum minuman sejuk (berais) ataupun menghirup sup panas? Ini berkemungkinan anda mempunyai gigi sensitif ataupun hipersensitiviti dentin.

Gigi sensitif boleh menyebabkan kesakitan atau ketidakselesaan disebabkan tindak balas terhadap stimulus tertentu.

Gigi sensitif boleh menjadi masalah sementara atau masalah kronik, melibatkan 1 gigi atau beberapa gigi. Terdapat pelbagai punca ia boleh berlaku tetapi pada kebanyakan individu ia boleh dirawat dengan mengubah amalan dan tabiat kebersihan gigi anda.

Ikuti tips dibawah untuk mengatasi gigi sensitif anda.

1. Gunakan ubat gigi untuk gigi sensitif

Terdapat pelbagai jenis ubat gigi di pasaran yang sememangnya direka khas untuk merawat gigi sensitif. Kebanyakannya mengandungi bahan yang membantu mengurangkan gigi sensitif dengan mengisi lubang-lubang kecil di lapisan dentin dan enamel.

2. Gunakan berus gigi lembut

Berus gigi keras mampu merosakkan lapisan enamel dan ini boleh menyebabkan lubang-lubang halus terbentuk. Ia juga boleh menyebabkan gusi susut. Menggosok gigi dengan kasar juga boleh meyebabkan kerosakan pada gigi dan gusi. Amalakan menggosok gigi dengan lembut untuk mendapat hasil yang terbaik.

3. Elak makanan dan minuman yang boleh merosakkan gigi

Makanan dan minuman berasid boleh merosakkan enamel gigi. Makanan dan minuman seperti buah sitrus, kopi, air berkarbonat, jeruk, semuanya adalah contoh makanan dan minuman berasid. Selain itu, makanan dan minuman yang telalu panas atau sejuk juga patut dielakkan atau dikurangkan kerana ia boleh jadi punca ketidakselesaan dan kesakitan pada gigi.

4. Berkumur menggunakan air garam

Berkumur dengan air garam 2 kali sehari, sekali pada waktu pagi dan sekali lagi pada waktu malam, mampu mengimbangi tahap pH di dalam mulut, dan menjadikannya lebih beralkali. Ini akan mengurangkan pertumbuhan bakteria di dalam mulut dan mengurangkan plaque yang terbentuk. Larutan air garam ini boleh dibuat dengan mencampur 2 sudu kecil garam ke dalam air suam.

5. Oil Pulling atau berkumur menggunakan minyak kelapa

Oil pulling atau menarik minyak kelapa adalah keadah berkumur menggunakan minyak kelapa. Kaedah ini mampu memutihkan gigi, menyekat pertumbuhan bakteria, mengurankan plaque dan meningkatkan kesihatan mulut. Untuk amalkan kaedah ini, sesudu minyak kelapa dimasukkan ke dalam mulut dan berkumur seperti biasa. Gunakan lidah untuk pastikan minyak kelapa tersebut memasuki celah gigi dan gusi. Sudahkan dengan membuang minyak tersebut dan berkumur dengan air biasa.

Tips-tips mudah ini boleh dilakukan sendiri di rumah dan didapati berkesan secara amnya. Ia bukanlah rawatan perubatan, tapi belum cuba belum tahu.

 

Sekiranya masalah sakit gigi masih lagi berterusan, boleh buat temujanji dengan doktor gigi untuk cuba rawatan di bawah pula.

1. Gunakan pelindung mulut atau mouthguard

Ada kalanya gigi sensitif terjadi akibat tabiat menggisar gigi tanpa sedar. Kejadian ini yang juga dikenali sebagai bruxism, boleh meyebabkan kerosakan gigi sekiranya ia dibiarkan berterusan. Untuk mengatasinya, doktor gigi akan membuat acuan daripada mulut dan gigi anda dan buat pelindung mulut khas mengikut acuan tersebut. Pelindung mulut akan mengelakkan gigi daripada terus berlaga.

Pesakit menjalani rawatan di klinik. Foto kredit Klinik Pergigian Crystal Smile

2. Varnish gigi

Terdapat beberapa bahan yang boleh disapu atas gigi untuk mencegah kerosakan gigi. Varnish florida merupakan salah satu bahan yang boleh digunakan untuk tujuan ini. Varnish flourida mampu merawat kerosakan gigi, mengisi lubang-lubang halus di gigi dan menguatkan struktur gigi.

Dengan tip-tips yang ada ini, anda tak perlu menghadapi sakit gigi sensitif secara berterusan lagi.

 

Selamat mencuba!

 

 

 

Artikel ini telah dihasilkan dengan kerjasama Malaysia Health and Humanity Organisation dan telah disemak oleh Dr. Nur Ezureen Abdul Rahman.

PALING POPULAR

To Top