Umum

Ahli dan kepimpinan tertinggi UMNO desak Zahid Hamidi letak jawatan!

‘Langit tidak selalu cerah, hidup pula tak selalu indah’, begitulah yang terjadi kepada UMNO susulan prestasi buruk BN pada pilihan raya umum ke-15.

Sejak keputusan Pilihan Raya Umum Ke-15 diumumkan semalam, penyokong Barisan Nasional tidak berhenti mendesak agar Presiden UMNO, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi mengundurkan diri.

Selain penyokong BN, turut mencadangkan agar Zahid meletak jawatan adalah bekas Setiausaha Agung BN yang merupakan antara penyandang ahli parlimen yang digugurkan sebagai calon pada PRU15 iaitu Tan Sri Annuar Musa.

Pengarah Operasi Pilihan Raya Barisan Nasional (BN) Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi turut meminta agar Zahid meletak jawatan dengan segera dan bertanggungjawab atas kekalahan BN dan UMNO yang mencatat prestasi terburuk pada PRU15semalam.

Selain itu, ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Khaidhirah Abu Zahar turut menyarankan agar Ahmad Zahid mengundur diri, supaya parti boleh melakukan perubahan yang mutlak.

Pergerakan Pemuda UMNO bahagian Kota Raja dan seremban mendesak Zahid Hamidi mengambil tanggung jawab atas kekalahan yang memalukan Barisan Nasional dan meletak jawatan.

Shahril Hamdan juga meminta Zahid Hamidi berundur secara terhormat.

Nampaknya, drama PRU15 kali ini bagaikan tidak berpihak kepada UMNO.

Ianya berpunca dari arahan Zahid Hamidi yang mendesak Perdana Menteri, Ismail Sabri untuk membubarkan parlimen sehinggalah tindakan beliau yang menggugurkan beberapa nama besar BN.

Pada keputusan rasmi PRU15 menyaksikan BN hanya memperoleh 30 kerusi berbanding pesaingnya PN dengan 73 kerusi dan PH 82 kerusi.

Tanda pagar #ZahidLetakJawatan berkumandang di pelbagai saluran media sosial.

PALING POPULAR

To Top