Umum

Ahli MKT UMNO, Isham Jalil dipecat

Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang bersidang pada Rabu malam telah mengambil keputusan untuk memecat seorang ahli MKT, iaitu Isham Jalil daripada parti itu serta-merta.

Menurut laporan Sinar Harian, keputusan itu dimaklumkan oleh salah seorang ahli MKT yang enggan namanya didedahkan kepada umum turut menghadiri mesyuarat itu, di Menara Datuk Onn, malam ini.

“Dia (Isham) dipecat,” katanya ringkas kepada pemberita selepas Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO di Menara Dato’ Onn, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) yang berakhir sekitar jam 10 malam tadi.

Jelasnya, keputusan itu dibuat setelah parti mendapati Isham melakukan pelbagai kesalahan terhadap UMNO.

“Kesalahan dia banyak, dia suruh presiden dipecat dan letakkan jawatan. Dia kata UMNO, dia tak ikut keputusan parti, dia ajak presiden berdebat secara terbuka.

“Dan ini, saya rasa (mesyuarat) yang keempat dia tidak hadirkan diri,” katanya.

 

BERITA MENYUSUL

 

 

Sumber Sinar Harian

PALING POPULAR

To Top