Umum

Akta kawalan produk merokok kuat kuasa 1 Oktober

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengumumkan Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) akan berkuat kuasa 1 Oktober ini.

“Akta ini merangkumi peraturan pendaftaran, penjualan, pembungkusan, pelabelan, dan larangan merokok di tempat awam.

Peraturan dan perintah yang bakal dikuatkuasakan termasuk rokok elektronik, kata KKM menerusi satu hantaran di media sosial pada Selasa.

Terdahulu, media melaporkan Menteri Kesihatan Dzulkefly Ahmad berkata akta terbabit masih menunggu untuk dimuktamad dan diangkat untuk kelulusan Jabatan Peguam Negara.

Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam antara lain memperuntukkan larangan penjualan dan pembelian produk tembakau, bahan merokok atau produk pengganti tembakau serta penyediaan sebarang perkhidmatan merokok kepada kanak-kanak bawah umur.

Rang undang-undang (RUU) antimerokok yang diluluskan di Dewan Negara pada Disember lalu sudah diwartakan pada 2 Februari lalu.

PALING POPULAR

To Top