Ahli Parlimen Sepang, Hanipa Maidin hari ini persoal keistimewaan diterima Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Malah, beliau persoal mengapa Najib perlu ke Singapura hingga sebulan hanya semata-mata untuk melawat anak yang melahirkan anak.
“Kenapa pihak yang bertanggungjawab meruntuhkan ekonomi negara iaitu YB Pekan diberi layanan istimewa?
“Boleh pergi Singapura untuk sekian lama. Kenapa dibenarkan pergi begitu lama?
“Alasan untuk lawat anak bersalin, dia bukan bidan.
“Kalau nak ke Singapura, mungkin pergi lima hari cukup, tapi dekat sebulan,” soalnya.
"Alasan melawat anak nak bersalin. Dia (Najib) bukan bidan. Nak ke Singapura, 5 hari cukup. Ini dekat sebulan. Adakah YB Pekan ini bidan?" – Hanipa persoal keistimewaan diterima @NajibRazak#AWANInews#SisiTVParlimen#DewanRakyat pic.twitter.com/odoHhLQuI7
— 🇲🇾Astro AWANI🇲🇾 (@501Awani) October 25, 2021
Beliau berkata demikian ketika membahas usul untuk mengungkai Ordinan-ordinan Darurat di Dewan Rakyat pada Isnin.