Cinta

Aliff Syukri Dedah Pahit Manis Kahwin Usia Muda

Jika dahulu, kahwin muda adalah perkara biasa, namun kini tidak lagi. Ramai anak muda takut untuk kahwin awal dek kerana taraf hidup yang semakin meningkat.

Kisah rumahtangga usahawan berjaya ini patut dijadikan contoh anak muda sekarang. Ya, bukan mudah untuk hidup berumahtangga di usia muda. Banyak cabaran perlu dilalui.

Dato Aliff Syukri dan pasangannya Datin Nur Shahida kongsikan pahit manis yang mereka lalui apabila berkahwin di usia muda.

1. Pasangan muda memang akan bertengkar

“Selepas kahwin, sebagai pasangan muda, selalu juga bertengkar. Masing-masing ego. Tapi saya pernah terdengar satu ceramah daripada Dato’ Fadilah Kamsah tentang perlunya kurangkan sikap ego kerana ia tidak mendatangkan kebaikan.

2. Tak rugi pun kalau kurangkan ego

“Dan tak rugi pun jika kurangkan ego. Ia membuatkan saya terfikir dan sebagai isteri saya lebih banyak mengalah demi kesejahteraan rumah tangga.”

kami sekeluarga nak gi berbuka puasa..❤️❤️ terasa dah tua dah bila tngok anak2 saya dah besar..

A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on

3. Jangan mudah percaya cakap orang

“Pernah juga dilanda gosip kami hendak bercerai. Ketika itu memang kami bertengkar tapi biasalah, suami isteri. Tapi tidaklah sampai hendak berpisah. Begitu juga gosip kononnya Dato’ berkahwin dua. Mula-mula stres juga baca komen-komen netizen tapi lama kelamaan saya dah tak baca.” Ujar Datin Shahida.

4. Suami isteri perlu saling membantu

“Untuk bulan puasa, kami akan kurangkan aktiviti. Selalunya air tebu jadi kemestian dan ikan patin masak tempoyak pula antara lauk kegemaran Dato’. Kalau nak tahu, Dato’ memang pandai masak dan air tangannya memang sedap. Main campak-campak pun sedap.”

Sumber: Karangkraf

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

PALING POPULAR

To Top