Umum

Amanah Johor gesa kerajaan perpaduan terbentuk di Johor

Gambar FMT

Perwakilan Amanah Johor menggesa agar dibentuk kerajaan perpaduan di Johor.

Perkara tersebut diutarakan perwakilan Amanah Johor, Zuhan Zain yang turut berkata Pakatan Harapan (PH) perlu berada bersama dalam kepimpinan kerajaan negeri, walaupun Barisan Nasional (BN) mendominasi Dewan Undangan Negeri dengan 40 kerusi.

Pakatan Harapan menduduki 12 kerusi DUN, yang mana 10 wakil rakyat DAP manakala PKR dan Amanah masing-masing satu kerusi.

“Amanah Johor menuntut untuk menghantar satu signal supaya diwujudkan segera kerajaan perpaduan di Johor,” katanya ketika membahaskan ucapan presiden sempena Konvensyen Nasional Amanah 2023.

Sementara itu, Zuhan berkata DUN Puteri Wangsa yang Amanah serah kepada Muda pada PRN Johor 2022 “mesti” dikembalikan kepada partinya pada pilihan raya akan datang dalam mengekalkan status quo.

 

PALING POPULAR

To Top