Umum

AMK Selangor sarankan tinggalkan kerajaan sekiranya tidak ikhlas

Gambar Izuan Kasim

Angkatan Muda Keadilan Selangor memberi saranan kepada parti komponen kerajaan perpaduan yang tidak ikhlas bersama pentadbiran Anwar Ibrahim supaya meninggalkan kerjasama itu.

Menurut ketuanya Izuan Kasim sebagai rakan kerjasama, ruang harus diberi kepada Perdana Menteri untuk menjadikan Malaysia lebih baik.

“Nasihat saya kepada rakan komponen, kalau rasa tak ikhlas bersama kita, keluar sahaja, tak perlu jadi duri dalam daging supaya kita beri ruang kepada parti kita, presiden membetulkan ekonomi, untuk menjadikan Malaysia ini lebih maju dan baik.Itu yang terbaik,” katanya semasa Kongres PKR, di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya petang Sabtu.

Dipercayai, kenyataan yang dibuat oleh Izuan berhubung kait dengan kenyataan yang telah dikeluarkan oleh Timbalan Presiden MIC, M Saravanan.

Terdahulu, Saravanan dilapor berkata pada mesyuarat agung tahunan partinya, MIC tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan selanjutnya sekiranya pengiktirafan tidak diberi.

Beliau menegaskan, walaupun MIC menyokong kerajaan perpaduan, ia tidak akan meminta jawatan dalam kerajaan tapi hendakkan pengiktirafan.

Beliau bagaimanapun tidak menjelaskan apa yang dimaksudkan sebagai ‘pengiktirafan’ dan ‘tindakan selanjutnya’.

 

 

Sumber FMT

PALING POPULAR

To Top