Kenaikan harga barangan, terutama barang basah kebelakang ini memberi kesan kepada pengguna yang meminta kerajaan melakukan sesuatu yang konkrit supaya kenaikan itu dapat dikawal.
Namun, keluhan dan keresahan rakyat seperti tidak diendahkan.
Kerajaan juga telah mengumumkan harga siling runcit bagi ayam standard di semenanjung Malaysia ditetapkan pada kadar RM9.40 sekilogram berkuatkuasa hari ini.
Bukan hanya ayam yang terjejas, namun penarikan semula subsidi bagi minyak masak botol 2kg dan keatas menjadi satu bebanan kepada rakyat Malaysia.
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh berkata,
“kenaikan harga barang tak sepatutnya jadi masalah besar kerana kerajaan telah memberikan rakyat bantuan kewangan secara langsung”.
Kerajaan akan terus mengambil pelbagai inisiatif untuk bantu rakyat khususnya golongan B40 menangani kenaikan kos. – Dr Nik Muhammadhttps://t.co/Q6JAW13Icn
— SinarHarian (@SinarOnline) July 1, 2022
Kenyataan yang diberikan itu seperti ‘mencurahkan minyak ke dalam api yang marak’.
Sesungguhnya rakyat tahu kerajaan prihatin dan ingin membantu rakyat dengan slogan yang diwar-warkan iaitu ‘Keluarga Malaysia’.
Namun apa yang dapat kita lihat kerajaan hari ini gagal dalam mentadbir negara.
Adakah dengan peningkatan wang Bantuan Kerajaan Malaysia (BKM) sebanyak RM50 bagi bujang dan RM100 bagi keluarga sudah memadai?
Walhal, peningkatan harga barang ini bagaikan tiada kesudahan dan tidak tahu bila ia bakal berakhir.
Hari ini juga telah berlakunya satu penunjuk perasaan di sekitar Kampung Baru setelah usai solat Jumaat.
HAPPENING NOW : Pemuda Amanah are currently protesting at the Kampung Baru Jamek mosque over the current price hike of goods pic.twitter.com/9199nXOS0X
— Elill (@Elill_E) July 1, 2022
Rakyat bangkit meluahkan rasa marah, namun kerajaan masih sepi tanpa sebarang penjelasan.