Umum

Awesome TV digantung siaran bermula 2 November

Awesome TV akan digantung dari bersiaran di platform MYTV berkuatkuasa 2 November depan.

Dalam satu kenyataan, MYTV berkata, keputusan itu dibuat berikutan isu komersial melibatkan pembayaran fi akses, walaupun pelbagai usaha diambil dari kedua-dua pihak dalam mencari jalan penyelesaian.

“Penggantungan saluran Awesome TV ini adalah amat dikesali dan MYTV memohon maaf kepada para penonton di atas sebarang kesulitan disebabkan perkara tersebut.

“MYTV menghargai segala sokongan dan kerjasama daripada para penonton dan akan terus meningkatkan usaha dalam mencari penyelesaian terbaik demi kepentingan semua pihak,” katanya.

MYTV akan kekal komited menawarkan saluran-saluran berkualiti tinggi dan akses kepada pelbagai kandungan yang menarik pada masa akan datang.

Untuk makluman, pada Februari lalu, Awesome TV telah dipanggil ke Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) kerana menerbitkan kandungan berita melanggar undang-undang.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil memaklumkan saluran televisyen itu didapati menerbitkan kandungan berita yang melanggar peraturan sebanyak enam kali termasuk fitnah terhadap kerajaaan hari ini.

PALING POPULAR

To Top