Umum

Bantuan Awal Persekolahan disalurkan bermula Januari 2024

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengumumkan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) akan bermula disalurkan pada bulan Januari 2024.

Menerusi kenyataan pada Isnin, KPM berkata, bayaran itu akan diagihkan kepada murid secara tunai atau kredit ke akaun masing-masing.

KPM percaya BAP dapat membantu meringankan beban perbelanjaan ibu bapa dan penjaga dalam menyediakan kelengkapan anak-anak bagi menghadapi sesi persekolahan yang akan datang.

Belanjawan 2024 yang dibentangkan memperuntukkan RM788,130,000 khusus untuk BAP dan diberikan RM150 kepada setiap murid secara sekali bayar yang akan memberi manfaat kepada seramai 5,254,200 orang murid di seluruh negara

PALING POPULAR

To Top