Umum

Bekalan air di 47 kawasan Wilayah Petaling pulih

Bekalan air di 47 kawasan di Wilayah Petaling yang mengalami gangguan sejak semalam, pulih sepenuhnya.

Menurut Air Selangor, ini susulan kerja-kerja penambahbaikan sistem bekalan air di kolam air Bukit Dengkil, selesai pada jam 7 pagi tadi.

Dalam satu kenyataan, Air Selangor mengucapkan terima kasih atas kesabaran dan kerjasama pengguna sepanjang gangguan air berjadual yang berlaku.

Pengguna juga dinasihatkan mendapatkan maklumat berkaitan gangguan bekalan air dari saluran komunikasi sahih, termasuk di Facebook Air Selangor, Instagram, Twitter dan laman web Air Selangor.

Sebarang pertanyaan dan aduan juga boleh dikemukakan ke Pusat Khidmat Pelanggan Air Selangor di talian 15300.

PALING POPULAR

To Top