Salah seorang anggota pasukan bola sepak yang terperangkap dalam tragedi Gua Tham Luang di Thailand pada 2018 yang mendapat liputan meluas meninggal dunia di Britain.
Menurut laporan BBC, kematian kapten pasukan Wild Boar, Duangpetch Promthep, 17, atau Dom berpunca daripada kecederaan pada kepala.
Seorang sami Buddha yang juga bekas gurunya, Supatpong Methigo menerusi Facebook pada Rabu juga mengesahkan beliau dimaklumkan tentang perkara tersebut oleh nenek Duangpetch dan kematiannya dikatakan berpunca daripada kemalangan.
Sementara itu, pertubuhan bukan berasaskan keuntungan, Yayasan Zico yang membantu Duangpetch mendapatkan biasiswa untuk dia melanjutkan pengajian ke England turut mengucapkan takziah.
Pada 2022, Duangpetch diterima masuk ke Brooke House College Football Academy di Leicestershire yang disifatkan sebagai ‘impiannya menjadi kenyataan’. – Agensi