Umum

Muhyiddin bantan kenyataan Melayu mendominasi dalam sektor awam

Tindakan Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang P Ramasamy menggesa Anwar Ibrahim melakukan reformasi dalam perkhidmatan awam dan mengatakan sektor itu hanya dikuasai oleh orang Melayu menjadi satu perbahasan di Parlimen hari ini.

Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta agar pihak kerajaan menghormati dan menjaga perasaan mereka.

“Mereka bekerja dengan kerajaan, sekiranya mereka berhenti… siapa yang akan bekerja dengan kita?, tanya Muhyiddin.

Menurutnya, sepanjang beliau berkhidmat tidak pernah sesekali beliau menukar penjawat awam yang berkerja dengannya kerana mereka semua bersikap profesional.

Beliau juga menyarankan agar kerajaan membantu penjawat awam untuk memperbaiki diri, bukan menghentikan perkhidmatan mereka sekiranya mereka ada melakukan kesalahan atau sebagainya.

“Sebagai penjawat awam ada proses dan prosedur, kalau mereka melakukan kesalahan mereka boleh dihadapkan kemuka jawatan displin. Ambil tindakan bukan dibekukan dan tidak diisi, ujarnya.

Selain itu, beliau dalam nada tegas mengingatkan bahawa penjawat awam ini adalah tulang belakang kepada kejayaan hari ini. 

PALING POPULAR

To Top