Umum

Bekas Menteri lelong jam Rolex, hadiah dari Raja Arab Saudi untuk didermakan

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Zulkilfi Mohamad Al-Bakri melelong jam Rolex miliknya di laman Facebook untuk didermakan kepada rakyat Palsetin.

Lelongan itu turut diumumkan di laman Facebooknya menerusi sebuah hantaran pada hari Isnin.

Menurut Zulkilfi, jam mewah itu merupakan hadiah diterimanya daripada Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al Saud pada tahun 2017 ketika menyandang jawatan Mufti Wilayah Persekutuan.

“Kisahnya bermula pada Februari 2017 apabila saya mendapat panggilan mengejut ketika sedang menghadiri mesyuarat sebagai Panel Penasihat Syariah Bank Negara,” katanya.

Menceritakan lebih lanjut mengenai jam istimewanya itu, walaupun hadiah itu diterimanya pada 2017, namun ia hanya dibuka selepas beliau meletakkan jawatan sebagai menteri pada 2021 lalu.

Dengan menjunjung titah tersebut dan meraikan kesungguhan kerajaan Arab Saudi menyalurkan sumbangan bilion dolar kepada Palestin saban tahun, saya ingin membuka bidaan jam Rolex kesayangan saya ini dengan harga tapak RM40,000

Kenaikan bermula RM100 ke atas. Hasil bidaan akan didermakan sepenuhnya untuk kebajikan rakyat Palestin yang sedang menderita di sana.

“Saya buka kepada yang berminat, untuk membida di ruang komen,” katanya menerus hantaran di Faceboooknya pada Isnin.

 

 

 

 

PALING POPULAR

Copyright © 2021

To Top