Umum

Liza Hanim umum konsert solo “Liza Hanim 27 Years Journey in Concert”

Gambar IG Liza Hanim

Penyanyi popular Liza Hanim mengumumkan beliau bakal mengadakan konsert solo pertamanya, Liza Hanim 27 Years Journey In Concert pada tahun depan.

Perkara tersebut telah diumumkan selepas habis membuat persembahan di konsert mingguan All Stars Gegar Vaganza (ASGV) minggu keenam.

Katanya, “Ini merupakan konsert solo saya yang pertama dan saya juga sangat berbesar hati kerana yang akan produce konsert ini adalah suami saya.”

Beliau turut menyatakan bahawa pembikinan konsert ini sudah lama dirancang, namun masanya belum tiba sehinggalah pengumuman itu dibuat.

“Sebelum ini konsert memang sudah ada dalam perancangan, tapi siapalah kita bila yang satu kata belum lagi.

“Tapi saya rasa menuju ke konsert ini perjalanannya sangat cantik, semuanya dipermudahkan. Adanya Gegar Vaganza dan sebagainya jadi saya sangat bersyukur,” tambahnya.

Liza Hanim 27 Years Journey In Concert dijangka berlangsung selama dua jam pada 4 Februari 2024 di Zepp KL.

Tiket-tiket berharga RM228 (CAT 3), RM288 (CAT 2), RM358 (CAT 5), RM388 (CAT 1), RM398 (CAT 4), RM8,000 (VIP BOX) dan RM189 (MEET & GREET) boleh dibeli menerusi www.myticketempire.com

PALING POPULAR

To Top