Umum

Bekas MPT Bersatu Faiz dan Bekas Adun Dengkil Adhif diterima sebagai ahli PKR

Gambar FMT

Bekas Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, Faiz Na’aman telah mengumumkan penerimaannya sebagai ahli PKR.

Sehubungan itu, turut diumumkan bekas Adun Dengkil, Adhif Syan, yang juga bekas ketua Pemuda Bersatu Selangor juga diterima sebagai ahli PKR.

“Inilah langkah saya serta rakan-rakan seperjuangan yang berjiwa marhaenis, nasionalis moderat, dan pro integriti seperti mana roh asal reformasi ketika ia mula bergema di negara kita kira-kira 26 tahun yang lalu.

“Saya bertekad akan memperkasakan perjuangan asal PKR, matlamat cakna rakyat kerajaan negeri Selangor di bawah kepimpinan Amirudin serta agenda nasional Malaysia Madani diterajui Perdana Menteri Anwar Ibrahim yang tegas mempertahankan sistem demokrasi dan Raja Berperlembagaan,” katanya dalam suatu hantaran di Facebook.

Pada 7 Ogos lalu, Faiz meletak semua jawatan termasuk keahlian parti Bersatu dan telah menyatakan kesediaan menyertai PKR.

Dilaporkan Faiz melihat PKR sebagai parti berdemokratik yang bersifat terbuka dalam menerima pandangan dan kritikan ahli, selain menghargai bakat kepimpinan baharu.

Menurutnya, Bersatu terpesong daripada objektif untuk memberi lebih banyak ruang kepada orang muda mempunyai latar belakang bersih, kelayakan akademik dan setia kepada parti.

PALING POPULAR

To Top