Politik

Benarkah Kerajaan Gagal?

 

Kerajaan gagal dan tak timbul sekarang

Bila jawatan PM Umno yang pegang

Cuma hajat hati nak jadi timbalan Speaker terhalang

Dakwanya MP Bersatu yang sailang

 

Masa mereka sailang TSMY, mereka seronok bukan kepalang

Mereka jaja cerita kerajaan gagal, skrip yang diulang-ulang

Apa yang gagal mereka tak bilang

Tiba-tiba kempen kerajaan gagal kini menghilang

 

PKR sambut dengan girang

DAP pun sama ketawa riang

Kerajaan gagal, kerajaan gagal mereka ulang

Mereka bersorak, mereka bergendang

 

Dalam fikiran mereka sudah terbayang

TSMY berhenti, MP PD akan dijulang

Di mana-mana sudah ditayang

Opera Cina dan juga wayang

 

Kendurilah mereka, dijamu sup tulang

Ramai yang percaya, ramai yang datang

Mendengar cerita dari tok dalang

Kini ada yang berhati walang

 

Tandatangan MoU, tak runding dengan Pejuang

Tun M anggap rasuah, bukan calang-calong

Shafie Apdal pula anggap PH sokong kerajaan curang

Curi mandat rakyat diwaktu siang

 

Pengerusi PN dah beri peluang

Sokong BN ok, asalkan prinsip tidak hilang

Usah lantik mereka yang ada ‘pantang’

Suruh mereka selesaikan dulu, kemudian baru datang

 

Termenunglah mereka di waktu petang

Sekarang mesyuarat MT dah jarang-jarang

Ketika usaha TSMY nak ditumbang

Mesyuarat MT, setiap minggu, tidak berselang

 

Bukan semua layak jadi pemimpin, walaupun dia hulubalang

Pemilihan dibuat, ukurannya wang

Banyak memberi, dialah dijulang

Zaman cash is king, janganlah berulang

 

Bila tersalah pilih, dapat pemimpin yang curang

Tak layak, tetapi dia banyak wang

Akhir dalam pilihan raya parti tumbang

Nampak kelamahan mereka secara terang

 

Segelintir sanggup meninggalkan medan perang

Kerana digertak dengan garang

Bukan sedikit rakyat yang berang

Melihat kelakuan mereka, tidak berimbang

 

Tiba-tiba kempen kerajaan gagal sudah hilang

Apakah selepas sebulan, yang gagal sudah terbilang

Mencapai kejayaan dengan cemerlang

Atau kempen dahulu hanya temberang

 

Bila bercakap berbohong, itu sebab selalu cukup bilang

Selepas bilang dah cukup, masih ada yang hilang

Bukan sekali cakap bohong, tetapi berulang-ulang

Dia ingat rakyat masih percaya, parti dia parti terbilang

 

Bersatu ajak makan dalam dulang

Marilah kita orang Melayu, mulakan bincang

Dari berpecah eloklah kita bersembang

Mana tahu setuju, pilihan raya boleh menang

 

PAS tampilkan pemimpin yang tenang

Walaupun Amanah nampaknya amat tidak senang

Kata PAS, zaman susah semua kena kenang

Bersatulah, apabila ada peluang

 

Segelintir pemimpin Umno tiba-tiba jadi berang

Sama sendiri mereka berperang

Semua kena ikut parti, ikut kehendak pemimpin sekarang

KJ dan Nazri kata, mereka ada masalah, pemimpin tidak berterus terang

 

Shahidan dan Annuar Musa nampaknya tenang

Mereka bercakap janji dipegang

Katanya ahli di bawah jangan sesekali ditemberang

No Anwar, No DAP nampaknya sudah didagang

 

Menyanggah pemimpin, dianggap penentang

Yang di bawah, terus dianggap membangkang

Digantung 6 tahun, ibarat dipanggang

Tragedi pemimpin dahulu, kini diulang

 

Menggagalkan kerajaan, mereka merancang

Kalau program vaksinanasi berjaya, Umno kecundang

Itulah kata-kata seorang MT, yang merupakan petualang

Kalah pilihan raya, segala-galanya dia hilang

 

Duit banyak tapi tak dapat naik kapalterbang

Duduk dalam negara, duduk merancang

Ajak sekali kawan-kawan yang kecundang

Mulalah timbul, siapa kita nak serang

 

Mereka kira TSMY sudah tumbang

Tiba-tiba tampil kembali dengan garang

“Saya akan bertanding,” katanya berterus terang

Mulalah ada yang kata, saya pun nak bertanding, sebab nak menyumbang

 

(Esok ada cerita lain yang akan saya tulis. Insyaallah. Setiap hari ada cerita-cerita yang perlu diulas supaya rakyat ada kefahaman. Zaman terus telan bulat-bulat kata-kata pemimpin, sudah berlalu)

 

Pandangan yang dinyatakan adalah pandangan penulis Daud Ibrahim.

PALING POPULAR

Copyright © 2021

To Top