Buletin

Bersatu dan Pas bersatu di PRN JOHOR

Bersatu dan Pas mengumumkan akan bertanding dalam pilihan raya negeri (PRN) Johor di bawah panji Perikatan Nasional (PN).

Keputusan tersebut dicapai menerusi resolusi Muzakarah Pas Bersatu.

Pengerusi PN, Muhyiddin Yassin berkata semua parti dalam komponen akan bertanding di bawah satu logo gabungan parti itu.

“Bahawasanya, PAS dan Bersatu dengan penuh kesungguhan dan iltizam ke arah mewujudkan kestabilan politik dalam negara, telah membuat ketetapan bersama menyertai PRN Johor sebagai PN,” katanya pada sidang media resolusi muzakarah PAS-Bersatu yang diadakan selama dua hari bermula semalam, di sini.

Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata resolusi itu juga menegaskan sokongan PAS dan Bersatu dalam kerajaan persekutuan adalah bersyarat, perlu dihormati dan dirundingi.

“…di atas nilai integriti, anti rasuah dan berkebajikan,” katanya.

Selain itu, kedua-dua parti turut bersetuju tentang visi dan halatuju bersama ke arah mengukuhkan PN, menolak budaya politik ekstrim dan menawarkan penyelesaian bagi memulihkan negara.

“Pas dan Bersatu akan memperhalusi strategi serta pendekatan bagi mengukuhkan perpaduan ummah dan nasional merentasi platform bukan politik berteraskan nilai kepercayaan bersama dan perkongsian saksama.

Kedua parti itu juga ada melahirkan rasa kesal terhadap percaturan politik segelintir pihak yang menutup pintu perpaduan, menggugat kestabilan politik dan mempertaruhkan nasib rakyat.

Ia dipercaya merujuk kepada pendirian Umno yang mahu bergerak solo dalam PRN Johor dan hanya menawarkan empat kerusi kepada PAS jika mahu bekerjasama dalam pilihan raya itu.

Tambahan beliau, ia  juga dalam mengambil daya usaha untuk melonjakkan sokongan ‘undi penentu’ dalam kalangan pengundi atas pagar dan anak muda, melalui penjenamaan dan mesej jelas yang diterima rakyat.

Pada masa yang sama, memperkukuhkan jalinan kerjasama PAS dan BERSATU sebagai ‘satu pasukan’ sehingga peringkat jentera akar umbi.

Mempertegaskan sokongan PAS dan BERSATU dalam kerajaan persekutuan adalah bersyarat, perlu dihormati dan dirundingi, di atas nilai integriti, anti-rasuah dan berkebajikan.

Muhyiddin Yassin juga akan mengumumkan pembahagian kerusi dan juga berapa kerusi yang akan ditandingi PN dalam masa terdekat ini.

“Kita jalankan muzakarah dalam suasana cukup baik, harmoni, saling menghormati satu sama lain.

“Kita akan memutuskan perkara itu dalam sehari dua,” katanya ketika ditanya mengenai agihan kerusi dan jumlah kerusi yang mahu ditandingi PN.

Muhyiddin juga berkata apa paling penting adalah hasrat PN untuk mendapatkan sokongan dan mandat rakyat untuk menerajui Johor.

Beliau juga akan mempertimbangkan strategi seimbang dalam meletakkan calon veteran dan muda.

“Gabungan orang pengalaman dan anak muda, wanita dan pemuda akan kita halusi kerana di Johor ramai tokoh yang agak berkelayakan untuk dicalonkan,” katanya.

Ini PRN kedua PAS-Bersatu bergabung untuk menyaingi UMNO-BN, selepas PRN Melaka Nov lalu. Pada sidang media tadi, mereka tidak memberi sebarang ulasan mengenai nasib MN yg diasaskan Umno dan PAS pada 2019.

PALING POPULAR

To Top