Politik

“BERSATU, PAS, Gerakan bertanding mewakili PN di Melaka” – Muhyiddin

Bersatu, Pas dan Gerakan sepakat menawarkan calon dalam pilihan raya negeri (PRN) Melaka di bawah parti-parti kompenan Perikatan Nasional (PN)

Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin turut mengesahkan bahawa tiga parti komponen itu akan bertanding dengan menggunakan lambang Perikatan Nasional.

“Rundingan kerusi-kerusi yang akan ditandingi oleh parti Perikatan Nasional akan dimuktamadkan oleh Jawatankuasa Rundingan Kerusi parti Perikatan Nasional,” katanya

Tambahan beliau, Majlis Tertinggi meminta semua parti komponen PN menggerakkan sepenuhnya jentera parti masing-masing dan menggembleng seluruh tenaga untuk memenangi kepercayaan rakyat Melaka.

Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka dibubarkan pada 5 Okt selepas empat ADUN termasuk bekas Ketua Menteri, Idris Haron menarik balik sokongan terhadap Ketua Menteri Melaka.

Susulan itu, PRN Melaka ditetapkan pada 20 Nov, manakala penamaan calon pada 8 Nov dan pengundian awal 16 Nov.

PALING POPULAR

To Top