Umum

Bersatu sedia bekerjasama dengan Pejuang

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sedia mempertimbangkan mengenai kerjasama politik dengan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) bagi menentang UMNO dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, perkara itu boleh dilaksanakan sekiranya Pejuang serius mengenai hal tersebut.

“Kita bersedia mempertimbangkan dan ia perlu di bawa ke Majlis Tertinggi untuk diputuskan,” katanya.

Menurutnya, setakat ini tiada pihak berhubung dengannya bagi membincangkan perkara tersebut.

“Awal dahulu pun pernah bincang, lepas itu tak jadi apa,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Kebangsaan: Pemulihan Negara dan Keterangkuman Sosial, di sini pada Khamis.

Beliau berkata, gabungan Perikatan Nasional (PN) secara keseluruhannya telah bersiap sedia menghadapi PRU15.

“Kita sudah siap sedia,” katanya.

Sumber: Sinar Harian

PALING POPULAR

To Top