Umum

BN pertahan DUN Mahkota dengan majoriti besar

Barisan Nasional (BN) mempertahankan DUN Mahkota dengan majoriti 20,648 undi, berganda lebih besar berbanding PRN 2022 iaitu 5,166 undi.

Pegawai Pengurus Pilihan Raya PRK Mahkota Wan Azurawati Wahid yang mengumumkan keputusan di pusat penjumlahan undi di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, berkata, calon BN Syed Hussien Syed Abdullah mendapat 27,995 undi manakala pencabarnya, Haizan Jaafar daripada Perikatan Nasional (PN) hanya memperoleh 7,347 undi.

Terdahulu, Sharifah Azizah Syed Zain daripada BN memenangi kerusi itu pada PRN Mac 2022, menewaskan calon Pakatan Harapan, PN dan Warisan dengan majoriti 5,166 undi.

Terdapat 66,318 pemilih berdaftar sempena PRK DUN Mahkota.

 

PALING POPULAR

To Top