Umum

Bomba selamatkan pemandu lori terperangkap banjir

Anggota bomba berjaya menyelamatkan seorang pemandu lori yang terperangkap dalam banjir kilat di Sungai Lebam, Penawar di sini pada pagi Rabu.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penawar, Pegawai Bomba Kanan I (PBK I) Abd Rahim Abd Rani berkata, panggilan kecemasan berhubung kejadian itu diterima pada jam 7.52 pagi.

Katanya, empat anggota dibantu satu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) ke lokasi kejadian bagi membantu mangsa.

“Hanya mangsa yang berusia 61 tahun itu berada dalam lori tersebut.

“Difahamkan pemandu tersebut cuba meredah kawasan yang dinaiki air menyebabkan lori dipandu tersangkut di tengah jalan,” katanya menerusi kenyataan pada Rabu.

Menurut beliau, anggota bomba menggunakan tali ‘rescue rope’ untuk menyelamatkan mangsa.

“Mangsa berjaya dipindahkan dan berada dalam keadaan selamat. Operasi ditamatkan pada jam 8.36 pagi,” katanya.

Sumber: Sinar Harian

PALING POPULAR

To Top