Seorang lelaki berumur 50 yang mendakwa dirinya bomoh disyaki merogol seorang remaja perempuan berusia 16 tahun ditahan polis awal pagi hari Selesa.
Suspek yang mengakui dirinya seorang jurulatih Muay Thai, ditahan polis awal pagi di sebuah pusat latihan Muay Thai di Batu Berendam, dan direman 7 tujuh hari bagi membantu siasatan.
Ketua Polis Melaka, Datuk Zainol Samah berkata, kejadian awal berlaku pada sekitar Ogos lalu dengan suspek muncul di kedai makan ibu saudara mangsa di Batu Berendam dan mendakwa premis itu telah mengalami gangguan sihir dan ingin membantu membuang ilmu hitam tersebut.
Suspek kemudiannya telah pergi ke rumah keluarga berkenaan di Batu Berendam kira-kira pukul 12 tengah malam pada 25 Ogos dan membawa remaja terbabit bersama ibu serta bapa saudaranya ke Malim untuk berubat.
Menurut kenyataan, suspek yang dipanggil ‘Abang Mi’ kemudiannya menyuruh ibu serta bapa saudara mangsa untuk keluar membeli makanan dan meminta meninggalkan remaja itu bersamanya di kawasan semak.
Katanya, “tiba-tiba suspek telah merogol mangsa dan memberi amaran untuk tidak memberitahu sesiapa,”
Oleh kerana ketakutan, remaja tersebut tidak memberitahu sesiapa.
Tambahnya, semenjak kejadian, suspek dikatakan kerap pergi ke rumah mangsa dengan alasan untuk mengubati mangsa yang didakwanya mempunyai pendamping pada tubuh badannya.
“Mangsa beritahu telah dirogol oleh Abang Mi sebanyak empat kali di tempat lain daripada Ogos sehingga bulan ini. Dia hanya tampil membuat laporan polis semalam selepas takut apa-apa kejadian menimpa dirinya,”ujarnya.
Mangsa sedang mendapatkan rawatan di Hospital Melaka.
Suspek yang berada dalam tahanan reman disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana melalukan jenayah rogol.