Umum

Cacar monyet tidak akan jadi satu lagi pandemik – WHO

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyatakan pada Isnin bahawa tidak berasa bimbang buat masa kini tentang penyebaran cacar monyet di luar negara-negara Afrika.

Ia turut mengulangi bahawa tidak ada sebab untuk berasa panik terhadap virus tersebut yang menyebabkan penyakit teruk itu, tetapi penghidapnya boleh pulih dalam tempoh beberapa minggu.

Ditanya semasa taklimat epidemiologi sama ada virus itu mungkin mencetuskan satu lagi pandemik, seorang pakar cacar monyet WHO, Dr Rosamund Lewis menyatakan buat masa ini, pihaknya tidak bimbang tentang perkara tersebut.

Namun adalah penting, katanya, untuk mengambil langkah-langkah pantas bagi mengekang penyebarannya.

Cacar monyet adalah berkaitan dengan penyakit cacar.

Penyakit cacar telah membunuh berjuta-juta penduduk di seluruh dunia setiap tahun sebelum ia dihapuskan pada tahun 1980.

Bagaimanapun, cacar monyet kurang teruk berbanding penyakit cacar dan kebanyakan penghidapnya akan pulih dalam masa tiga hingga empat minggu.

Gejala awal penyakit cacar monyet adalah demam panas, nodus limfa bengkak dan lepuh ruam seperti yang dihidapi penghidap cacar air.

Pakar-pakar perubatan kini cuba mendapatkan kepastian mengapakah virus tersebut merebak ke negara-negara yang tidak pernah tidak pernah mempunyai kes cacar monyet dan mencari punca kenapa ia menjangkiti lelaki-lelaki muda.

* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.

PALING POPULAR

To Top