Umum

Cadangan Pilihanraya PBT akan diperhalusi dan dibincang dengan KPKT

Gambar Zaliha

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa menyatakan akan mengadakan perbincangan dengan Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) berhubung cadangan mengadakan pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT) khususnya di ibu negara.

Menurutnya,beliau mengambil maklum cadangan berkenaan dan tidak menolak mengenai kepentingannya sepertimana dikemukakan oleh sesetengah pihak, namun perkara itu perlu diperhalusi secara mendalam.

Beliau menjelaskan bahawa PBT di bawah bidang kuasa KPKT, tidak menolak kepentingannya, justeru akan berbincang dengan menteri KPKT

untuk memastikan bagaimana perkara ini dapat dilihat dan ditinjau lebih teliti.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis Sambutan Selamat Datang dan Sesi Taklimat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di Menara DBKL 1 di sini hari ini.

Terdahulu, media melaporkan Pengerusi DAP Kuala Lumpur,Tan Kok Wai menggesa kerajaan memulakan pilihan raya PBT di ibu negara terlebih dahulu bagi menyemarakkan demokrasi di Wilayah Persekutuan.

Kok Wai berkata, pengenalan pilihan raya PBT di Kuala Lumpur bertujuan untuk kelestarian dan memberi pilihan kepada penduduknya memilih ahli majlis tempatan.

Tinjauan di media soial turut memperlihatkan perbincangan yang agak hangat berkaitan topik tersebut.

PALING POPULAR

To Top