Umum

Cubaan sabotaj program Muhyiddin setelah PN dapat sambutan ramai

Sokongan semakin meningkat rakyat terhadap Perikatan Nasional (PN) menyebabkan ada pihak yang cuba melakukan sabotaj terhadap program dihadiri pemimpin gabungan itu, terutama Pengerusi PN Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Ketua Penerangan Bersatu Datuk Wan Saiful Wan Jan membuat pendedahan itu susulan cubaan mensabotaj program Jelajah Prihatin Parlimen Tasek Gelugor, Pulau Pinang, malam tadi (16 Oktober 2022).

Menurutnya dengan sokongan tinggi kepada PN, terdapat musuh-musuh politik yang amat takut terhadap program dianjurkan gabungan itu sehingga ada cubaan mensabotajnya.

“Musuh politik PN amat takut dengan program-program PN. Mereka cuba sabotaj Jelajah Prihatin Tasek Gelugor dengan pelbagai cara.

“Ini termasuklah menggunakan pihak berkuasa sebagai cubaan untuk menyekat kami. Tetapi alhamdulillah, kita dapat selesaikan dan hadapi percubaan sabotaj itu.

“Percubaan itu membuktikan mereka kehabisan modal untuk menyekat kemaraan PN. Kita telah tunjukkan kepada rakyat bahawa di bawah Muhyiddin PN, benar-benar memberi fokus kepada kebajikan rakyat.

“Semua lapisan rakyat dapat bantuan. Kita utamakan rakyat, bukan mahu menyelamatkan diri sendiri sahaja,” katanya dalam kenyataan hari ini (17 Oktober 2022).

Lebih 4,000 penduduk hadir mendengar amanat pemimpin PN dalam siri jelajah itu, sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15)

Wan Saiful berkata negara memerlukan sebuah kerajaan prihatin, cekap dan bersih yang memfokuskan kepada rakyat, bukan seperti sesetengah individu yang tergila-gilakan jawatan Perdana Menteri, atau hendak lari daripada kes mahkamah.

“Hakikatnya, walaupun kita mungkin bertanding banyak penjuru, tapi pilihan yang baik, pilihan yang berintegriti, sebenarnya tidak banyak. Ada satu saja pilihan yang bersih dan ikhlas, iaitu PN. Pengundi perlu buat pilihan yang baik dan pilih PN,” katanya.

Sumber: Agenda Daily

PALING POPULAR

Copyright © 2021

To Top