Umum

Cukai SST naik ke 8 peratus dari 6 peratus, cukai keuntungan modal 10 peratus

Kerajaan bercadang untuk menaikkan kadar cukai perkhidmatan kepada 8% berbanding 6%, tidak termasuk perkhidmatan seperti makanan dan minuman serta telekomunikasi.

“Kerajaan juga akan meluaskan skop perhidmatan bercukai meliputi perkhidmatan logistik, pembrokeran, penajajaminan dan karaoke,” kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa membentangkan Belanjawan 2024 di Dewan Rakyat hari ini.

Kerajaan juga akan menguatkuasakan pelaksanaan cukai keuntungan modal bagi pelupusan saham tidak tersenarai oleh syarikat tempatan berdasarkan keuntungan bersih pada kadar 10 peratus mulai 1 Mac 2024.

Kerajaan turut mempetimbangkan pengecualian cukai keuntungan modal ke atas pelupusan saham berkaitan aktiviti tertentu seperti tawaran awam permulaan (IPO) yang diluluskan, penstrukturan dalaman dan syarikat modal teroka, tertakluk kepada syarat yang ditetapkan.

Anwar berkata kerajaan akan turut menggubal perundangan baharu bagi melaksanakan cukai barang bernilai tinggi bagi barang tertentu seperti barang kemas dan jam tangan berdasarkan nilai ambang harga barangan.

 

PALING POPULAR

To Top