Umum

Dakwaan terhadap Muhyiddin ini pertuduhan terpilih, bagi mengalihkan isu RoS – Tuan Ibrahim

Himpunan solidariti di hadapan Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini pada Khamis, bertujuan bagi menuntut keadilan terhadap Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man mendakwa, tuduhan terhadap Muhyiddin bersifat kepada pertuduhan terpilih bagi melindungi dan memihak satu isu yang besar berlaku dalam parti komponen Pakatan Harapan (PH).

“Isu itu membabitkan UMNO berhubung isu percanggahan surat yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS).

Muhyiddin dilihat hadir ke SPRM Putrajaya pada jam 11.10 pagi dipercayai untuk membantu siasatan berkaitan dana yang diterima Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Pada 4 Mac lalu, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan bahawa usul tambahan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022 untuk tidak mempertandingkan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO telah diterima RoS.

PALING POPULAR

To Top