Umum

DBKL sita 7 penjaja termasuk 4 menjual ubat perangsan dan alatan seks dijual warga asing

Gambar DBKL

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah bertindak sita ke atas 7 penjaja warga asing termasuk penjaja ubat perangsang dan alatan seks dalam satu operasi di Jalan Haji Taib dan Chow Kit pada Ahad.

“DBKL terus bertindak sita serta-merta ke atas 4 penjaja ubat-ubat dan alatan seks, 2 peniaga tukang kasut dan seorang penjaja makanan ringan milik warga negara asing menerusi UUK Pelesen Penjaja (WPKL) 2016.

“Kesemua peniaga terbabit menjalankan aktiviti perniagaan tanpa lesen sekitar Jalan Haji Taib dan Chow Kit, Kuala Lumpur,” katanya dalam satu kenyataan itu di laman Facebook rasmi DBKL pada Ahad.

DBKL turut memaklumkan pemeriksaan berterusan dan pemantauan secara berkala akan dijalankan sekitar kawasan tumpuan di ibu negara dari semasa ke semasa.

“Ia termasuk menerusi siri-siri tindakan khas yang telah dirancangkan termasuk di 11 Parlimen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,” kata kenyataan tersebut.

PALING POPULAR

To Top