Nungsari Ahmad Radhi dilantik sebagai Pengerusi Bukan Bebas Bukan Eksekutif Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) berkuat kuasa hari ini bagi menggantikan Zainun Ali.
Dalam suatu kenyataan hari Isnin, syarikat pengurusan lapangan terbang itu berkata Nungsari mempunyai pengalaman luas dalam industri penerbangan.
“Beliau telah berkhidmat terutamanya sebagai pesuruhjaya Suruhanjaya Penerbangan Malaysia sejak penubuhannya dan seterusnya sebagai pengerusi eksekutif bermula Julai 2018 hingga April 2020.
“Beliau juga merupakan ahli ekonomi yang pada masa ini adalah ahli bukan eksekutif bebas lembaga pengarah Bank Negara Malaysia dan ahli jawatankuasa penasihat dasar kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan Majlis Tindakan Ekonomi Negara,” katanya.
Sementara itu, MAHB berkata sepanjang berkhidmat sebagai pengerusi, Zainun sangat teliti dalam memastikan piawaian yang tertinggi bagi tadbir urus korporat dan integriti dipertahankan dalam kumpulan, dan melaksanakan peranan penting dalam perbincangan mengenai perjanjian operasi baharu MAHB dengan kerajaan.