Umum

Dua maut kemalangan libatkan kereta, MPV di Sungai Siput

Dua pemuda maut selepas kereta yang mereka naiki terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) berhampiran Hospital Sungai Siput di Jalan Salak, dekat sini, malam tadi.

Kedua-dua mangsa yang masing-masing berumur 20 dan 22 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM).

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, mereka menerima panggilan mengenai kemalangan itu pada 10.14 malam.

“Setibanya di lokasi kejadian, didapati kemalangan melibatkan sebuah MPV jenis Proton Exora dan kereta Proton Saga menyebabkan dua mangsa tersepit di dalam kereta,” katanya dalam kenyataan di sini.

Menurut jurucakap itu lagi, anggota bomba menggunakan jentera khas untuk mengeluarkan kedua-dua mangsa yang tersepit.

Kedua-dua mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Operasi yang diketuai Pegawai Bomba Kanan II Suhaimi Samad tamat pada 12.05 pagi.

PALING POPULAR

To Top